Fakta /Pertukaran Nama / Pencapaian
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM ) adalah bergabung dengan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva dengan 175 ahli-ahli gabungan yang mempunyai jumlah keahlian dunia seramai 105 juta orang ahli.
1) Penjagaan tawanan perang ketika Konfrantasi
pada tahun 1963.
2) Banjir besar di Pantai Timur pada tahun 1967
dan di Pantai Barat dalam tahun 1971.
3) Peristiwa 13 Mei 1969
4) Penculikan orang asing Pasukan Tentera Bintang
Tiga
5) Peristiwa kapal terbang JAL terhempas
berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa , Subang, Selangor.
6) Kebakaran bot " Rasa Sayang " di Port Dickson
dan kebakaran di Durian Tipus, Negeri Sembilan.
7) Penjagaan dan Pemulihan Pelarian Orang Vietnam
dari tahun 1975- 1996.
8) Tragedi Runtuhan Bangunan Highland Tower pada
bulan Disember 1994 di Kuala Lumpur.
9) Bencana Ribut Greg di Sabah pada
26 Disember 1996.
10) Pelancaran Unit Bermotosikal untuk
Kecemasan untuk membantu Perkhidmatan Ambulan 24 jam.
Perlembagaan persatuan telah didraf semula
dan diluluskan di bawah Akta Parlimen No.47 tahun 1965 . Langkah
ini memberi kuasa autonomi kepada Persatuan , berbeza dengan
persatuan lain yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan .
Pada tahun 1975, persatuan ini telah ditukar namanya dari Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia .
|
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan ini mempunyai
: 15 cawangan
.Pada tahun 1978, jumlah ahli adalah lebih kurang
40,000 orang .
Manakala pada tahun 1998, jumlah ahli adalah
lebih kurang 240,000 orang.
Perkhidmatan
Perkhidmatan ambulan 24 jam dan Unit bermotosikal
Perkhidmatan Tele- Kaunseling
Perkhidmatan Tele- Dera
Menganjurkan
Kem Kesihatan dan Perubatan
Kempen Derma Darah
Program Pencegahan HIV / AIDS
Program
Seorang Pembantu Pertolongan Cemas Di Setiap Rumah , dan berharap objektif
tersebut akan dicapai pada tahun 2010.
Pada tahun 1977 , PBSMM dianugerahkan Pingat Nansen
oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian untuk
perkhidmatan cemerlang yang dijalankan untuk pelarian. PBSMM adalah
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang pertama dianugerahkan
Pingat ini. Pada Mac 1982 pula , PBSMM telah dianugerahkan Anugerah Tun
Razak untuk perkhidmatan cemerlang kepada mangsa -mangsa banjir,
kebakaran, dan bencana-bencana lain serta perkhidmatan untuk pelarian Vietnam
di Malaysia. PBSMM adalah organisasi sukarela pertama yang menerima
Anugerah ini. Pada 17 Disember 1991 pula , PBSMM telah memenangi
Anugerah Kualiti Perdana Menteri Dalam Sektor Sosial . Dengan
kemenangan ini, persatuan menerima wang tunai berjumlah
RM 30,000 dan piala. PBSMMM juga dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Vokasional
oleh Kelab Rotary pada 26 Oktober 1998.