Keahlian
Jumlah ahli di cawangan NS lebih kurang 10,000 orang dari Chapter Port Dickson, Rembau, Seremban, Kuala Pilah , Jelebu, Tampin, Gemas dan  Jempol  . Ahli-ahli merupakan tulang belakang kepada cawangan . Mereka sering memenangi hadiah dalam Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan dan sering juga terpilih mewakili negara ke Program Pertukaran Belia Antarabangsa.
 
Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah   disambut pada 8 hb Mei setiap tahun. Sempena sambutan tersebut, ahli-ahli persatuan melawat wad bersalin di Hospital Besar Seremban dan Hospital Bersalin Cina Negeri Sembilan. Persatuan mengambil  bayi-bayi yang dilahirkan pada hari tersebut sebagai anak angkat dan memberikan hadiah untuk mereka dan ibu mereka. Selain daripada itu, lawatan tahunan ke Rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah juga diadakan. Majlis jamuan dan persembahan  diadakan untuk menghiburkan kanak-kanak istimewa di sana.

Aktiviti yang dijalankan oleh cawangan merangkumi :
1. Promosi ' Program Seorang Pembantu Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah'
2. Kursus Rawatan Rumah Dan CPR
3. Kursus Kawad Kaki
4. Lawatan dan Khidmat Kemasyarakatan seperti mengecat dan membersihkan kawasan Institusi Kebajikan dan hospital.
5. Kursus Jurulatih dan Kursus Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
6. Kursus untuk guru-guru pemimpin PBSMM
7. Kursus Bantuan Bencana Alam, menyelamat di laut dan kebakaran
8. Menyertai latihan dan aktiviti yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan  contohnya
    Menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Kebangsaan  1983
    Menjadi tuan rumah Pertandingan  Pertolongan Cemas Kebangsaan 1984 di Seremban
    Menjadi tuan rumah Mesyuarat Zon Selatan yang melibatkan pegawai-pegawai daripada Johor,
    Melaka dan Negeri Sembilan.  2 September 1993
    Progam Sehari Untuk 12 Pegawai Delegasi Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
    Antarabangsa (IFRC)  16 September 1993
    Menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Kebangsaan untuk kali kedua di Staffield  Country Resort ,
    Mantin. 27 Mac 1994 .
    Seminar Pemimpin Muda PBSMM dari 27 hingga 28 November 1994
    Kem Dwi Tahunan PBSMM 18-22 September 1998
    Cawangan NS juga bekerjasama dengan  Pergerakan Dan Persekutuan dalam menganjurkan
    Kursus Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa  pada 1-6 Jun 1997
    Pada 20-21 April 19 , cawangan juga terlibat dengan   Larian Kemanusiaan yang diketuai
    oleh Y.A.B. Menteri Besar. di NS .
    Seminar Reginal IFRC berkaitan Tindak balas Kemanusiaan di Port Dickson
    27 Julai 1998 hingga 1 Ogos 1998
9. Menganjurkan Kempen Menderma Darah
10. Menganjurkan Kursus Berkaitan Kesihatan seperti Kursus Pencegahan AIDS, Kem Kesihatan
11. Kursus Kepimpinan Belia dan Kem Belia
12. Perkhidmatan pertolongan cemas dan kursus untuk pihak kerajaan dan swasta .
13. Memberi bantuan ketika bencana . Contohnya memberi bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa  kebakaran di Durian Tipus, mangsa  bot "Rasa Sayang" yang karam di Port Dickson dan mangsa  banjir di Gemas.
14. Menjalankan kursus pertolongan cemas untuk pekerja kilang , dengan  harapan untuk menubuhkan Pasukan Bantuan Sukarela di setiap kilang. Kursus tersebut telah dijalankan di kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Senawang, Nilai, Chembong dan sebagainya.
15. Sejak tahun 1982, kami mewujudkan Tabung Pendidikan PBSMM untuk memberi bantuan subsidi yuran peperiksaan kepada 10 orang ahli yang kurang bernasib baik  .
16. Mencetak buletin dan mengedarkan Poster Kempen Masyarakat Beradat
17. Memberi khidmat kemasyarakatan kepada yang memerlukan .Contohnya mengutip derma untuk kaki buatan palsu untuk seorang mangsa  kemalangan,  menghantar makanan ke Rumah Orang-orang Tua dan mengecat bangunan Rumah Kebajikan dan sebagainya .
18. Aktiviti pengesanan orang-orang yang hilang.

Pada tahun 1985, pihak cawangan bertuah mendapat sumbangan sebanyak RM30,000 untuk membeli sebuah van untuk pengangkutan ketika kursus, perkhemahan dan aktiviti lain.

Pada tahun 1997, cawangan mendapat sumbangan untuk  sebuah van yang baru dan van yang lama di salurkan kepada Chapter Rembau .
 
Sebagai sebahagian dari keluarga Pergerakan Antarabangsa , ahli-ahli mendapat peluang keemasan untuk melawat negara lain seperti   Jepun, Australia, Korea, Singapura , Thailand , China , Hong Kong dan beberapa negara lain.  Cawangan pula tidak ketinggalan menjadi tuan rumah kepada beberapa pelawat yang terdiri daripada ahli RC dari Negara Jepun , Korea, United Kingdom , China dan sebagainya.

INISIATIF
Penerbitan
Buka Panduan PBSMM Untuk Sekolah Rendah
Buku Panduan Akaun untuk  Badan Sukarela.
Buku Panduan Bantuan Bencana.
 
Bagi mewujudkan kerjasama di antara organisasi , persatuan menjadi ahli Majlis Belia Negeri dan Majlis Kebajikan Negeri .

Pencapaian
Pada 4 Jun 1993 , Pengerusi Cawangan Dato' Nellie Tan-Wong dianugerahkan Tokoh Kebajikan Negeri Sembilan 1993, untuk kepimpinan beliau dalam perkhidmatan kebajikan.
 
 
Tingkat 1,
3, Jalan Dr.Krishnan,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus .
Tel : 7639097
Fax : 7649363