PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
DAN CAWANGANNYA DI NEGERI SEMBILAN.

Fakta /Pertukaran Nama /  Pencapaian

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia  ( PBSMM ) adalah bergabung dengan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva dengan  175 ahli-ahli gabungan yang mempunyai jumlah keahlian dunia seramai 105 juta orang ahli.



Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, persatuan ini telah berkembang dengan  pesat bukan sahaja dari segi keahlian, tetapi juga dari segi kegiatannya dari sebuah organisasi yang memberikan bantuan pertolongan cemas kepada satu organisasi yang memainkan peranan penting dalam bencana alam, perkhidmatan ambulan, penjagaan pelarian, latihan kepimpinan belia dan tugas perkhidmatan kemasyarakatan . Kegiatan ini bukan sahaja kegiatan tempatan sahaja tetapi melibatkan peringkat antarabangsa juga.


Contohnya persatuan telah diminta menjalankan peranan penting dalam masa-masa kecemasan :

1) Penjagaan tawanan perang ketika Konfrantasi pada tahun 1963.
2) Banjir besar di Pantai Timur pada tahun 1967 dan di Pantai Barat dalam tahun 1971.
3) Peristiwa 13 Mei 1969
4) Penculikan orang asing Pasukan Tentera Bintang Tiga
5) Peristiwa kapal terbang JAL terhempas  berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa , Subang, Selangor.
6) Kebakaran bot " Rasa Sayang " di Port Dickson dan kebakaran di Durian Tipus, Negeri Sembilan.
7) Penjagaan dan Pemulihan Pelarian Orang Vietnam dari tahun 1975- 1996.
8) Tragedi Runtuhan Bangunan Highland Tower pada bulan Disember 1994 di Kuala Lumpur.
9) Bencana Ribut Greg di Sabah   pada  26 Disember 1996.
10) Pelancaran Unit Bermotosikal  untuk Kecemasan untuk  membantu Perkhidmatan Ambulan 24 jam.
Perlembagaan persatuan  telah didraf semula dan diluluskan di bawah Akta Parlimen No.47  tahun 1965 . Langkah ini memberi kuasa autonomi  kepada Persatuan  , berbeza dengan  persatuan  lain yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan .



Pertukaran Nama

Pada tahun 1975, persatuan  ini telah ditukar namanya dari Persatuan  Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia  .



Orang Penting Persatuan
 
 
Penaung Diraja Persatuan
DYMMSPB Yang Dipertuan Agong
Presiden Kebangsaan
YAB Perdana Menteri Malaysia
Pengerusi Kebangsaan
Y.A.Berbahagia  Tun Dato' Seri Abdul Hamid Omar 
Setiausaha Agung
En.Johan Shamsuddin.
 Fakta

Persatuan  ini mempunyai
:  15 cawangan
.Pada tahun 1978, jumlah ahli adalah lebih kurang 40,000 orang .
Manakala pada tahun 1998, jumlah ahli adalah lebih kurang 240,000 orang.

Perkhidmatan

Perkhidmatan ambulan 24 jam dan Unit bermotosikal
Perkhidmatan Tele- Kaunseling
Perkhidmatan Tele- Dera
Menganjurkan
Kem Kesihatan  dan Perubatan
Kempen Derma Darah
Program  Pencegahan HIV / AIDS
Program Seorang Pembantu Pertolongan Cemas Di Setiap Rumah , dan berharap objektif tersebut akan dicapai pada tahun 2010.



Pencapaian

Pada tahun 1977 , PBSMM dianugerahkan Pingat Nansen oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian  untuk   perkhidmatan cemerlang yang dijalankan untuk  pelarian. PBSMM adalah  Persatuan  Palang Merah dan Bulan Sabit Merah  yang pertama dianugerahkan Pingat ini. Pada Mac 1982 pula , PBSMM telah dianugerahkan Anugerah Tun Razak untuk perkhidmatan cemerlang kepada mangsa -mangsa  banjir, kebakaran, dan bencana-bencana lain serta perkhidmatan untuk pelarian Vietnam di Malaysia. PBSMM adalah  organisasi sukarela pertama yang menerima Anugerah ini. Pada 17 Disember 1991 pula , PBSMM  telah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri  Dalam Sektor Sosial . Dengan  kemenangan ini, persatuan  menerima wang tunai berjumlah      RM 30,000 dan piala. PBSMMM juga dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Vokasional oleh Kelab Rotary pada 26 Oktober 1998.