KEM DWI TAHUNAN PBSMM KE -4
18-22 SEPT.1998



Klik untuk terus ke destinasi.
 

 Majlis Santapan Diraja  Projek Kemasyarakatan Pertandingan Undang-undang Kemanusiaan
Latihan Mobilisasi Bencana
 
Pertandingan Kebudayaan Permainan Berhalangan Aktiviti Merentas Hutan Pertandingan Kumpulan Terbaik


 
Perbarisan untuk Majlis Penutupan


Majlis Santapan Diraja
 DYMM Penaung Diraja Pemangku Yang Di Pertuan Besar, NSDK telah berkenan
mengadakan Majlis Santapan Diraja di Istana Besar Seri Menanti pada 19hb September 1998.
 Turut hadir dalam Majlis itu ialah Dr. S. Selva Jothi, Pengerusi J/K Latihan dan
Yang Bhg. Dato Khoo Leong Hun, Pengerusi, Cawangan Pulau Pinang.



 
Peserta dari China mengadap Tunku Puan Muda Negeri Sembilan. 


Projek Kemasyarakatan
di Kg.Ulu Mampas, Terachi,NS.

        Sempena Kem Dwi Tahunan PBSMM Ke 4, satu Projek Kemasyarakatan telah diadakan
 di Kg. Orang Asli Ulu Mampas Terachi pada 20hb September 98.  Projek tersebut
dirasmikan oleh Yang Bhg. Goh Siow Huat.

        Pegawai-pegawai dan peserta-peserta Kem memberikan ceramah tentang makanan
berkhasiat, kesihatan ibu dan bayi serta membuat demonstrasi penjagaan bayi.  Di samping itu,
semua peserta bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan mengecat balai raya .
Peserta-peserta juga sempat memasak cara berkelompok .

         Turut hadir dalam Projek ini ialah Dr. Selva Jothi, Pengerusi J/K Latihan Kebangsaan,
 Pengarah Jabatan Orang Asli dan Tok Batin Penghulu Kampung itu.

Klik pada gambar untuk photo yang lebih besar.
 

Penasihat Kehormat Cawangan Dato'Nellie Tan-Wong sedang memberikan ubat mencegah cacing 


Pertandingan Undang-undang Kemanusiaan

            Aktiviti ini dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Ibu Pejabat Kebangsaan dengan dibantu pegawai pengiring sebagai pengadil. Peserta -peserta  dari semua cawangan telah merealisasikan Undang-undang Kemanusiaan
dan Prinsip-prinsip Asas persatuan  dalam persembahan mereka.

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :

                                                                    Pertama     :     Cawangan Kelantan
                                                                    Kedua       :     Cawangan Negeri Sembilan
                                                                    Ketiga       :    Cawangan  Pulau Pinang

            Aktiviti ini sangat berfaedah kerana para peserta  dapat merealisasaikan maklumat yang dipelajari dalam kursus Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengasah bakat mereka dalam bidang kebudayaan, tetapi mampu untuk mempelbagaikan cara diseminasi Undang-undang Kemanusiaan.



Latihan Mobilisasi Bencana

Aktiviti ini dikendalikan oleh Pegawai Ibu Pejabat Kebangsaan dengan diketuai oleh Dr.Selva Jothi, Pengerusi Kebangsaan Jawatankuasa Latihan Kebangsaan. Seramai 32 orang ahli-ahli PBSMM dari beberapa buah sekolah di Seremban telah didatangkan khas untuk menjadi mangsa kemalangan dalam aktiviti ini. Aktiviti ini dijalankan selama dua hari berturut-turut  melibatkan kumpulan yang berlainan. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan dan keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :

                                                                        Pertama : Kumpulan Ant dan Butterfly
                                                                        Kedua    : Kumpulan  Eagle dan Flyfish
 
 

Pesakit dibawa ke tempat yang selamat.
Pesakit diberi rawatan

Pertandingan Kebudayaan

            Semua cawangan menyertai pertandingan ini. Pengadil-pengadil pertandingan terdiri daripada
Pegawai Ibu Pejabat Kebangsaan dan dua orang pemuzik profesional.

Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut :

                                                                            Pertama     :      Cawangan Negeri Sembilan
                                                                            Kedua        :      Cawangan Selangor
                                                                            Ketiga         :     Cawangan  Sarawak

Beberapa cawangan mempersembahkan beberapa acara sebagai selingan manakala
peserta dari Thailand membuat demontrasi Thai Boxing.



 
 

Peserta-peserta dari Kelantan menunjukkan bakat masing-masing


Pertandingan Khemah Terbaik

Pertandingan ini diadakan di antara lapan kumpulan yang dibentuk.Antara kriteria yang dinilai
adalah kebersihan kawasan khemah , kreativiti peserta , bendera kumpulan, gadjet yang dibuat dan sebagainya.

                                                                                Pertama :     Kumpulan Honey Bear
                                                                                Kedua    :    Kumpulan Cactus
                                                                                Ketiga   :     Kumpulan Eagle


Aktiviti Merentas Hutan

Aktiviti ini dijalankan selama dua hari berturut-turut untuk kumpulan yang berlainan.
Peserta-peserta menggunakan trek untuk ke Gunung Angsi.




Permainan Inisiatif dan Latihan Berhalangan

             Beberapa aktiviti telah dirancangkan untuk mengisi slot ini. Aktiviti yang disusun bertujuan mempupuk kerjasama dan mewujudkan keyakinan diri antara ahli kumpulan. Secara keseluruhan aktiviti berjalan lancar  .
.


Pertandingan Kumpulan Terbaik

Pertandingan ini diadakan di antara lapan kumpulan yang dibentuk. Pertandingan ini menilai kumpulan dari aspek kerjasama  ketika aktiviti Permainan Inisiatif, Latihan malam, Pertandingan Mencari “Scarecrow” dan sebagainya.

                                                                    Pertama :     Kumpulan Honey Bear
                                                                    Kedua    :    Kumpulan Daisy
                                                                    Ketiga   :     Kumpulan Gajah