PERTANDINGAN
KUIZ UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
PERINGKAT NEGERI, N. SEMBILAN
 
 
Am Borang Peraturan
 

Soalan-soalan akan terdiri daripada Sejarah Palang Merah dan UUKA.

Bagi Pertandingan ini, setiap sekolah yang akan menyertai dikehendaki mengemukakan
satu pasukan yang terdiri daripada 3 orang peserta.
Ahli-ahli Tingkatan 3  dan  Tingkatan 5 tidak digalakkan untuk menyertai.
 
Sila cetak dan isikan borang penyertaan yang dilampirkan dan kembalikan kepada alamat di atas
pada atau sebelum tarikh yang ditetapkann setiap tahun.


BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN KUIZ UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN  ANTARABANGSA (IHL) -  2003
 
 
 NAMA SEKOLAH:____________________________________________________
 

DAERAH: ___________________________________________________________
 

PESERTA 1:__________________________________________________________

PESERTA 2: __________________________________________________________

PESERTA 3: __________________________________________________________
 

Saya dengan ini mengakui bahawa penama-penama di atas akan menyertai Pertandingan
Kuiz Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsan (IHL) 2003 dan akan mematuhi segala
undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
 

 Tandatangan,                          Tandatangan,
......... ………                      ………………..
Guru Pemimpin PBSM               Pengetua
 


PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN
 

Keterangan Kuiz
1.  Setiap pasukan sekolah mestilah mengandungi tiga (3) orang peserta
    (dan seorang   peserta simpanan).

2. Soalan adalah berdasarkan kepada :
   a) Sejarah Palang Merah / Bulan Sabit Merah
   b) Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

3. Soalan adalah berbentuk :
   a) objektif
   b) betul / salah
   c)  mengisikan tempat kosong
   d)  jawapan pendek

Pengendalian Kuiz
1.  Kuiz akan dikendalikan dalam dua peringkat :
a)  Perigkat Awal (10 pusingan)
b)  Peringkat Akhir (10 pusingan)
   Empat (4) buah sekolah akan dipilih untuk menyertai Peringkat Akhir.

2.  Giliran Menjawab
     Pada setiap pusingan semua peserta dari tiap-tiap sekolah akan menjawab soalan
     yang dikemukakan oleh Jurukuiz mengikut giliran masing-masing. Peserta pertama
     akan menjawab soalan pertama, peserta kedua menjawab soalan kedua dan
     seterusnya. Ini bermakna pada setiap pusingan, 3 soalan akan dikemukakan oleh
     Jurukuiz. Pada keseluruhan kuiz, setiap peserta dikehendaki menjawab bilangan
     soalan yang sama banyak dengan jumlah pusingan.

3.  Kaedah Menyoal
     Soalan-soalan ditanya dalam bentuk lisan. Tiap-tiap soalan akan dibaca sebanyak
     2 kali dalam Bahasa Melayu. Sesudah pembacaan kedua, loceng akan dibunyikan
     menandakan permulaan menjawab.

4.  Kaedah Menjawab
   Masa yang diberi untuk menjawab setiap soalan ialah 30 saat. Jawapan kepada soalan
   hendaklah ditulis dengan jelas dalam Bahasa Melayu. Kertas jawapan akan dikutip
   dan hakim akan memberi markah.
 
5.  Pembatalan Pasukan
     Isyarat-isyarat tertentu serta perbincangan sesama peserta semasa dalam
     pertandingan adalah dilarang. Jika perkara ini dilakukan, Jurukuiz diberi kuasa
     membatalkan mana-mana pasukan yang dianggap melanggar undang-undang serta
     peraturan kuiz.

6.  Pemberian Markah
     2 markah akan diberi kepada jawapan yang tepat. Jawapan yang kurang tepat akan
     diberi 1 markah menurut keputusan Hakim. Jika terdapat sebarang keraguan,
     perkara itu diserahkan untuk pertimbangan para pengadil.

7. Johan
    Pasukan yang mendapat markah tertinggi (setelah pusingan akhir) akan diisytiharkan
    sebagai Johan. Jika terdapat persamaan markah, Jurukuiz hendaklah meneruskan
    soalan kepada pasukan-pasukan tersebut sebanyak 1 pusingan lagi.

8.  Pendaftaran
     Peserta-peserta yang mengambil bahagian hendaklah berada di tempat pertandingan
     tidak lewat dari 15 minit sebelum pertandingan dimulakan.