ANUGERAH PBSMM 2001

Sila kemukakan pencalonan berhubung dengan Anugerah di atas bagi  ahli-ahli
yang bergiat cergas di sekolah dalam Pertubuhan Bulan Sabit Merah. Calon-calon  mesti
terdiri daripada ahli-ahli yang berada di Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 atas pada tahun 2001.
 
Berikut adalah jenis anugerah untuk ahli-ahli belia di peringkat sekolah:
 

      -   dianugerah kepada ahli-ahli belia yang telah berkhidmat tidak kurang daripada
           3 tahun.
    -    dianugerah kepada ahli-ahli belia yang telah menyumbangkan perkhidmatan
        yang cemerlang kepada Persatuan Bulan Sabit Merah.

Setiap pencalonan yang dihantar hendaklah:
      -   dalam 7 salinan borang pencalonan.(1 salinan untuk fail pejabat)
      -   berserta dengan sekeping gambar berukuran paspot, diletakkan di
           atas borang pencalonan yang pertama dan 6 salinan fotostat borang yang lain
           dengan gambarnya.
       -  berserta dengan 7 salinan sokongan pencalonan (citation).  Salinan asal dan
           juga salinan-salinan lain hendaklah ditaip dan ditandatangani oleh Guru Pemimpin
          dengan menyatakan nama dan pangkat.

Semua pencalonan mesti dihantar ke Ibu Pejabat PBSMM NS .
Sebarang pencalonan yang diterima lewat tidak akan dilayan.
 
Sila ambil perhatian bahawa tuan/puan  dikehendaki menghantar pencalonan
sahaja. Ianya akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Anugerah Cawangan N.S. dan jika
layak, diajukan pula kepada Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan, di mana keputusan menerima
atau menolak pencalonan adalah muktamad.

Borang pencalonan, surat akuan dan salinan surat Anugerah daripada
Ibu Pejabat Kebangsaan dihantar ke sekolah-sekolah.  Sila fotostat salinan yang mencukupi borang pencalonan dan  bagi keperluan tuan/puan.